Ahad, 5 Julai 2015

bersamamu ku rasakan cinta..bersamamu ku rasakan rindu..selamanya hanya kamu..

Isnin, 4 Mei 2015

jika kau tahu cinta sejati yg setia menantimu ini betapa kau masih tak mengerti..


..di suatu ketika apabila usia semakin matang
aku berharap kamu dapat menilai dengan mata hati
bukan membalas mengikut kata hati....

Selasa, 16 Oktober 2012

Kata-kata semangat tentang *CiNtA*



                                                     power of love a.k.a kekuatan cinta 





Cinta suci datang dari jiwa yang ikhlas dan layarinya dengan kematangan usia serta bertindak sebagai orang dewasa yang kaya dengan pengalaman kehidupan bukan menurut kemahuan hati semata-mata.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. 

                                                              


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

Bila bercinta, semuanya nampak indah, semuanya harum mewangi, semuanya nampak sempurna. Tatkala diuji sedikit mulalah goyah untuk mempertahankan keimanan cinta. Inilah barisan insan-insan bacul yang tidak yakin pada cinta mereka. Hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menunaikannya.

Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.

Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.

Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.

Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.







Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus memberinya terlebih dahulu. Semakin banyak dan besar cinta yang kamu beri, semakin banyak dan besar juga yang kamu terima. Mencintai itu sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada driri sendiri. Belajarlah untuk memberi yang paling terbaik dari diri kamu. Formula rahsia untuk mendapatkan perhubungan yang setia, kekal dan abadi adalah dengan selalu meletakkan dalam akal fikir kamu tentang “apa yang mampu aku beri?” dan bukannya “apa yang akan aku terima?


Seandainya ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.


Cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, itulah cinta yang kekal abadi. Biarlah kita menunggu cinta yang benar-benar ikhlas, yang benar-benar yakin dan yang benar-benar cinta!


Khamis, 11 Oktober 2012

sabarlah duhai hatiku dlm menghadapi dugaan hidup didunia yg sementara....


“Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar          rintihannya.” (Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

Allah sedang mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah! Janganlah cepat putus asa… teruskanlah melakukan doa, qiamulail (solat Taubat, Hajat, Istikharah dan Witir). Amalkanlah juga Solat Sunat Fajar, Dhuha dan Surah Waqiah… InsyaAllah segala dugaan dlm hidup yg berlaku akan berakhir dan digantikan dengan kebaikan dibawah rahmatNya..
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada para hamba-Nya agar sentiasa bersabar dan       memohon pertolongan (dengan berdoa harap) hanya kepada-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya:


 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, 2: 153)


...langit tk selalunya akan cerah mendung tak beerti akan hujan... begitulah kehidupan kita bukanlah di pinta takdir hidup begini hanyalah Allah S.W.T Maha Mengetahui setiap pekara yg bakal berlaku dlm hidup kita semua..

Rabu, 10 Oktober 2012

nabi pon pernah terlewat byr htg inikan pulak kita insan biasa......



Abu Hurairah berkata, bahawa seorang lelaki pernah menagih hutang pada Nabi s.a.w dengan sikap yang sangat tidak sopan, dan para sahabat tidak senang dengan cara lelaki tersebut, tetapi Nabi berkata, “Biarkan saja ia, sebab orang yang mempunyai hak itu boleh berbicara, dan belikan ia seekor unta dan berikan unta itu kepadanya. Ketika mereka menceritakan kepada Nabi bahawa mereka memperolehi seekor unta yang lebih bagus dari yang dituntut oleh orang itu, Nabi mengatakan, “Belilah unta itu dan berikan kepadanya, sebab yang paling baik di antara kalian adalah orang yang membayar hutangnya dengan cara yang terbaik.” [Bukhari dan Muslim]

Abdullah ibn Abi Rabi’ mengatakan bahawa Nabi pernah meminjam darinya empat puluh ribu dirham dan ketika membayar Nabi mengatakan, “Semoga Allah Yang Maha Tinggi memberkahi keluarga dan hartamu. Satu-satunya penghargaan untuk suatu pinjaman adalah pujian dan pembayaran kembali.[Nasa'e]

Begitulah kehidupan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah. Kehidupan baginda tidak jauh berbeza dengan kehidupan manusia lainnya. Bahkan Rasulullah s.a.w lebih susah hidupnya. Tetapi dalam menjelaskan hutang baginda tetap melakukan yang terbaik untuk hubungan yang baik sesama manusia.
     
                 ...redhalah setiap yg berlaku dlm dunia ini kerana Allah S.W.T,
                    Dialah yg Maha Mengetahui setiap isi hati manusia...


doa an'na..

Doa Ketika Menghadapi Masalah

"Cukuplah Allah bagi ku dan Dia Pemelihara Yang sempurna'

Doa Pembuka Rezeki


"Ya Allah, cukupilah aku  dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu !"


Doa Mendapat Rezeki Yang Halal



"Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai  Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."


Doa Pelindung Diri

Dengan nama Allah Yang dengan namaNya tidak akan
memberi mudharat apa pon yang ada di bumi dan
dilangit dan Dialah  Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Doa Menhindari Perasaan Malas Dan Cengkaman Hutang



Ayat Kursi


Ayat Seribu Dinar





Add caption



Sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.


1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak." akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."